5 Purnama Sudah Berlalu

Entry ni sepatutnya semalam den tulis. Tapi disebabkan penyakit M melanda beberapa hari ni menjadikan entry ni sebagai entry tertangguh… hahaha…. Memang bahaya sungguh penyakit M ni. Kalo sampai tahap kritikal memang susah nk updated blog ni. Tengok pun dh rasa mcm takde perasaan apa lagi nak menulis.. Idea kering kontang. Tak tahu kat mana nak mula… Apa nak tulis sebagai pendahuluan,isi tersurat,isi ter tersirat la…sampai nk wat penutup pun takde idea.. Hah,dah macam nak wat karangan sekolah rendah aje…Ok,stop..ini adalah pendahuluan entry kali ni..

Den cuma nak catit tentang tumbesaran buah hati den jer kali ni.. Bila dia dah pandai baca nanti dia tahu bagaimana perkembangan dia nanti. Semalam 28hb,genap usia ALYA 5 bulan.. Terasa cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya mcm baru semalam den rasa sakit nak bersalinkan ALYA,alih2 dia dh membesar depan mata…Semakin cerdik plak tuh… Cerdik nak “menolong” ibu dia… Kadang2 sampai takleh buat kerja melayan kerenah dia…

4 bulan 9 hari ALYA dah boleh meniarap. Sampai ke hari ni ALYA dah semakin terer bab2 meniarap ni. Pantang ada peluang,takkan dilepaskannya… Sampai kekadang den naik risau nk letakkan ALYA atas katil. Bila aksi meniarap ALYA bermula mula la selalu berubah tempat. Kadang sampai ke hujung katil. ALYA pun dh mula menonggek kan buntot dia bila menirap. Salah satu tanda nak melunjur plak..Pastu standby la bila ALYA dah pandai merangkak..hahaha..time ni rasanya,mungkin ALYA akan seorang anak yg ringan tangan untuk “menolong” den kemas rumah..
ini aksi ALYA bila penat meniarap dan malas nak telentang balik walaupun diri sendiri pandai telentang sendiri… huhuhu… Masih mengharapkan bantuan den untuk telentang semula.. Kekadang den kejam jgk,biar ALYA nangis lama2…sampai melalak baru la nk tolong.. Bukan apa,den nak ALYA berdikari sendiri..biar dia telentang sendiri tanpa bantuan org lain.. Tapi kalo dah melalak sampai nak hilang suara,ibu mana sanggup dengar kan… 
ALY jgk dah mula makan makan pejal.. Yela,time kami suami isteri makan,ALYA pandang2 jeling2 ja.. Siap ternganga tuh.. Kesian pun ada.. Tp atas nasihat doktor jgk,den ajar sikit2 ALYA makan makanan pejal…. Memula suap memang ALYA buat muka pelik.. Kelakar lak den tengok (tak sempat amik gmbar). Tapi bila 2 3 kali suap mcm dh biasa lak.. Cuma dia tak makan banyak. Maybe bagi dia susu sedap lagi…
Khamis lepas,ALYA dah kena cucuk untuk 5 bulan. Alhamdulillah,kali ni Alya tak demam.. mungkin antibodi badan dia dah semakin kuat.. Siap leh pi Pesta Pulau Pinang lagi.. Cuma berat badan ALYA naik sikit aja… 5.7 kg… Xpela,asalkan anak den ni sihat walafiat…
Banyak lagi perkembangan ALYA,tp tetiba otak jadi blur nak tulis.. Tak ingat apa dia.. Kalo dah ingt,updated lain… huhuhu..
P/S: sejak 2 3 hari ni,den teringatkan makanan favourite den yang dah lama den tak makan.. adala dalam 5 bulan jgk… Den nak makan LAKSA… rindunya kat LAKSA… huhuhu… tapi den masih lagi berpantang makan LAKSA….ikut nasihat org tua2 ok….
SAPA BELUM JOIN CONTEST
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
SILA LA JOIN CEPAT
KLIK KAT BAWAH NI YER…


Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge