SELSEMA… PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI

Kami sefamily selsema… Bermula dengan En.Fauzi.. lepas tu berjangkit kat den dengan Alya.. Seksa gila bila hingus asyik nak meleleh ja… Tak suka bila selsema… Den dengan Alya start selsema kelmarin… Hari ni den rasa makin teruk pulak, siap sakit kepala.. Ni pun baru boleh bangun, sejak tadi asyik terbaring ja.. Makan ubat sudah, tapi kepala masih sakit.

Alya?? Den tengok je Alya main.. Kalau ada yg tak kena, baru den bangun ambil Alya, pastu tido balik.. Aduhh..seksa sungguh…Kesian Alya main sorang2… Malam tadi selsema Alya lagi teruk. Sampai nak tidur pun tak selasa.. Last sekali tertidur atas bahu den, baru la letak kat tempat tidur dia. Tapi pagi ni dah ok sikit sebab den amalkan petua hilangkan selsema bayi malam tadi.

Rasanya ramai dah tau kot camana petua nak hilangkan selsema bayi ni… Yela,biasanya kalau bayi bawah 1 tahun, doktor tak bagi ubat selsema, kalau teruk sangat pun mungkin doktor bagi sedut gas. Betul tak? Kalau nak bagi ubat jgk, kat farmasi mungkin ada jual ubat titis kat hidung tu, tapi still tak boleh pakai selalu.

Petua yang den amalkan guna kunyit hidup jer, pastu kalo sapa2 ada pasu, gosok2 kunyit tu kat belakang pasu.. Tapi den cuma ketuk2 ja,pastu tenyeh2 kat batang hidung Alya.. Tenyeh time dia tido la, kalau tak tidur, bukan mau duk diam.. Kesannya,akan ada kesan kuning kat hidung.. huhu… Alhamdulillah hari ni Alya dah kurang sikit.

Kalau boleh amalkan petua ni sampai selsema kering.. InsyaAllah berkesan.. Petua untuk den sendiri pulak, telan ubat ja.. Makan panadol soluble sambil tenyeh2 hidung ni dengan vicks… Tapi macam tak berhasil ja, nak kena tenyeh dengan kunyit jugak kot… Huhuhu…

oh ya…ada jugak yg mengamalkan daun sireh, tapi tak pernah pulak den cuba.. kalau ada sesiapa yang ada petua lain, meh la share yer…

port lap hingus yg alya suka kalau ibu lambat lap
bantal la jadi mangsa..
nak kena basuh pulak sarung bantal tu.. huhu

Comments

  1. says

    baby sal 2bulan…hari tu ambil daun sireh tekan2 guna tgn campur dgn air limau nipis, baca selawat 3x sapu kat dada dan leher baby…mlm n siang xya pkai kipas tau aircond, esok trus kering kahak n ingus die…ada jugak buat terapi tiarapkan baby n tepuk cra cupping perlahan kat belakang baby n rusuk kiri n kanan…cuba la insyallah berkesan…

  2. says

    baby sal hari tu ambil daun sireh tekan2 guna tgn campur dgn air limau nipis, baca selawat 3x sapu kat dada dan leher baby…mlm n siang xya pkai kipas tau aircond, esok trus kering kahak n ingus die…ada jugak buat terapi tiarapkan baby n tepuk cra cupping perlahan kat belakang baby n rusuk kiri n kanan…cuba la insyallah berkesan…

  3. says

    samala anak sue ni umur 7 bln,dh 1 mggu selesema..doc sarankan sedut hingus kt hidung dia dgn mulut kita,huhu…rasa geli tu x penting,yg penting kesihatan dia.

  4. slimdiet2 says

    terima kasih coz sudi berkongsi petua.anak saya baru 2 minggu dah kene selsema pulak. risau juga

  5. mummy_ayu says

    ah ah…ayu pun kalu iris selsema sapu vicks kat tapak kaki…

    dear, hadiah untuk giveaway Mummy Ayu..baby with bear/ball tu dah pos..tapi adiah u & adiah alya sorang lagi tertukar la…u dont mind ker? sowie sgt maybe terconfius sbb 2 alya kat..msg me nanti kat my SB or komen box…tqsm & 1000 sorry

  6. ZiE FAUZi says

    @YanaNuar
    ooo…ye ker… selalunya vicks zie sapu kt hidung, tp risau nk sapu kt hidung alya, takut dia tak selesa ja.. takpa,jap gi nak try.. kat ibunya boleh try tak? ibunya pun dah teruk sgt ni.. hehe

  7. YanaNuar says

    Petua saya kalau anak selsema…malam,time nak tido tu..sapukan vicks kat tapak kaki anak dan pakaikan dia stoking..insyaAllah mudah jugak kering hingus tu…cubalah buat =)

  8. ✿nenek moden✿ says

    huhu…sy selsema dah 3 hari..idung sumbat..huhu..
    tak tau nak watpe..ubat dah makan..huhu…

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge