PETUA HILANGKAN BATUK BAYI

Lepas demam panas hari tuh, malam tadi Alya start batuk la pulak… Kecian kat Alya tak leh tidur selesa malam tadi sebab batuk.. Dengar pun dah macam batuk berkahak… Sekarang Alya tengah tidur lena.. Ibu Alya pulak on pc terus google cari petua untuk hilangkan batuk bayi. Sementara nak bawa ke klinik,boleh la amalkan dulu petua ni..
Den nak share petua yg den jumpa… Sebab rasanya sekarang memang musim demam,batuk dan selsema kot.. Tambah2 pulak musim hujan sekrang ni..
Antara petua-petua yang den jumpa..
  • Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa punboleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..
  • Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemuadian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi..
  • Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema… Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
 ini ker rupa daun kaduk?? den tak tahu camana rupanya,sebab tu google
  • Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. InsyaAllah batuk akan hilang…
  • Akhir sekali, petua yang diamalkan oleh abah den a.k.a tok wan Alya masa den kecik2 dulu.. Abah den gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada..
bunga tahi ayam
InsyaAllah,akan diamalkan salah satu atau semua petua kat atas untuk kurangkan batuk Alya.. Sesiapa yang ada petua lain selain dari kat atas, meh la kita share sama2 yer… Petua hilangkan selsema bayi,den pernah tulis dulu.. Check kat sini yer..
Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

  1. Ana danial says

    Assalamualaikum nk Tanya yg batuk berkahak tu nk bubuh daun kaduk di dada Dan perut sehari brapa Kali yer…

    • zue says

      thanks atas share petua untuk baby batuk…asik gi kinik je…tapi sy tak ikut pun rule doc…3x sehari bagi ubat sebab tak nak baby lali dengan ubat kelak…just 2x sehari je…cian tgok bbay saye…bile cuace tak menento…makin teruk batuk die…doc cakap baby saye alahan cuace

  2. baizura says

    Anak saya tengah batuk sekarang ni…klu siang krg sikit batuk tapi kalau malam batuk je…insyaAllah saya akan amalkan salah satu petua di atas…

  3. giegie says

    anak i tgh batuk skrg.. harap petua ni berkesan untuk hilangkan batuk memel.. kcian tgk die asyik batuk jer.. tdo pun x lena…

  4. Ain says

    madu tu mmg elok untuk cairkan kahak baby. ain pernah praktikkan masa sarah batuk berkahak yang teruk masa umur dia 2 bulan…

    kalau zai nak, boleh cuba minyak aromatherapy plus. sesuai untuk baby dan seisi keluarga. minyak ni tak perlu minum, just sapu jer kat leher.

    boleh tengok kat sini k…

    http://sarahscollection.blogspot.com/

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge