PETUA HILANGKAN ULSER MULUT

Salam…
Baru jer 2 3 hari lepas baik dari serangan ulser mulut, ada juga orang panggil mata ikan atau lompang  Biasanya ulser ni jadi kat bibir, dinding pipi atau lidah kan. Tapi den jadi kat gusi. Sakit dan pedih bila tiba time makan dan jugak bila gosok gigi..Punca terjadinya ulser ni sebab luka masa gosok gigi…Tertusuk dengan berus gigi sampai luka dan berpanjangan sampai jadi ulser.. Last kena ulser dulu pun dah tak ingat bila.. Sapa yg pernah kena memang tahu sakit tu camana kan..
Sebab-sebab utama ulser ni tak diketahui dengan jelas.. Tapi ada beberapa faktor yang den dapat hasil daripada pertolongan pakcik google.. Ulser mulut ni sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Bila dah terjadi ulser ni, macam-macam masalah pula timbul yang berkaitan dengan ulser ni.. Antaranya :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Masa terkena ulser mulut ni, mujur la jugak den tak demam. Cuma sakit dan tak lalu makan.. Kadang-kadang bila lapar sangat, den bedal jer makan apa saja. Bila sakit, mula la duk mengaduh..  Ulser ni ada orang cakap ambil masa nak sembuh. Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 – 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 – 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Bagi sesiapa yang alami ulser ni lebih dari 2 minggu, elok pi jumpa doktotr pergigian untuk mendapatkan rawatan yer. Takut-takut nanti ada ciri-ciri kanser mulut. Cara-cara untuk mengurangkan kesakitan ulser seperti kat bawah ni:

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Petua orang dulu-dulu, kalau nak kurangkan sakit ulser ni antaranya berkumur dengan air garam. Memang sakit masa berkumur tu, tapi orang tua cakap nanti cepat baik. Den tak tahu la sebab den takut nak cuba. Lagi satu petua guna asam keping / asam gelugor. Potong ikut besar ulser kat mulut tu atau besar sikit pun tak per. Lepas tu tekap kat tempat ulser. Berapa lama tak pasti la pulak. Sesiapa yang menderita ulser mulut sekarang ni, boleh la cuba petua lama ni..

:::::Alhamdulillah, sakit ulser dah sembuh.. boleh makan puas2.. hehehe,,::::::

Comments

  1. Christilyne Audrey says

    hello. akak or abg ?? ermm, ulcer juga d’sebbkn kurg mnum air. then, kalo nak ubat paling cepatt sngt, guna kn garam. letak salt tu atas ulcer or kumur garam, and this thing mmg sngt sngaaaatttt pedih gila. 2days forward bleh sihat. dont forget to pray

  2. says

    Sakitnya sekarang ni… Sy kene ulse dekat pipi sebab bberapa hari lepas tergigit pipi masa tgh makan nasik..hmm X buat pape pun sakit. Igtkann haritu dah kemuncak, rupanya ni lagi sakit… Nak telan air liur pun payah. Kalau telan skali ahhh sakitnya semua otot pipi sampai ke tengkuk sampai ke telinga. Tapi nak g beli ubat pun payah.nak kumur air garam pun payah sebab skrg dekat kolej TT_____TT

  3. 9673 says

    sya pun kna ulser wktu ni….tp saya kt lidah..bru tdi aya letak garam kt lidah…waduhhhh….melelehhhh…

  4. ellyia says

    pehh dah masuk ari ke 4 ni baru nak check petua ni ermm mesti try cepat ni tapi cam takot pon ade gak btw i have to try this right… ;)

  5. Nanad says

    oo..ye…lupa nk bagitau petua yg sgt berkesan bg saya..berkesan melegakn sakit nyut2 ulcer tersebut..minum air sejuk/letak ais kt tempat trkena ulcer..xpon,makan ais krim..nyam2..sy try dah minum air sejuk,mmg lega nyut2 n xpedih…

  6. Nanad says

    Aiyoo..sy tengah kena ulser kat gusi..sgt2 sakitnyeee..tp kalau perut dh lapar, mmg terpaksa makan jugak..ikutkan sakit,mmg xlalu nk makan..kumur2 air garam xbrapa sakit sgt actually..tp letak garam direct kt gusi..perrggghhhh….meleleh hingus air mata suma ad..huhu..dugaan Allah..nk suruh jgn lupa Dia..Dia tarik nikmat sikit je…waduh2…

  7. nieda ellyda says

    Slmat da info ni…sye try gna grm tp sakitnya xtrkata smpai menitis2 air mata..pedih giler…

  8. Anonymous says

    tengah menderita ulser ni..huhu tq 4 d info..tapi sy kat asrama ni..susah la plak nk dapat garam n asam keping tuh…huwaaaa!!!

  9. AiMaN says

    teruk ke cucu kene ulser?
    atok dengar citer..pakai bonjela bagus…atok cume pakai masa luka kat luar je..sbb lom pnah kne penyakit "angsa" ni..hik3..

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge