CARA BUKA AKAUN PAYPAL MENGGUNAKAN KAD DEBIT MAYBANK

**Den dah updated entry ni… Sebelum ramai yang tak dapat buat sebab salah satu step memang tak perlu. Sekarang ni nak daftar Paypal semakin mudah, tak macam masa mula-mula den daftar dulu. Harap dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Terima kasih jugak kat Puan Bee sebab inform step yang terbaru ni..**
Dulu den ada akaun paypal, tapi tak verified lagi sebab takder  kad kredit. Masa tu den tak tahu lagi yang debit kad jugak boleh guna untuk linkkan bersama dengan akaun paypal. Dan sekarang makin mudah nak daftar akaun paypal sebab dah banyak bank  bekerjasama dengan paypal ni antaranya Maybank, RHB dan Public bank. Dan rasanya, menggunakan kad debit lebih selamat dari kad kredit. Dan paling best, paypal turut menggunakan matawan Ringgit Malaysia (MYR).
Tahu tak apa itu paypal??? Rasanya sesiapa yang suka shopping online didalam atau luar negara atau pun penjual online (blogshop) mesti tahu apa itu paypal.
Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal

  • Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah – Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai – Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan – Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Kredit : echam76 

CARA DAFTAR PAYPAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.

2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’.
 

 3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul yer. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Nur Alya Adriana, isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Nur Alya, isikan ‘first name’ dengan Nur dan ‘last name’ dengan Alya. Biarkan middle name kosong.
4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah. Step ni anda isi saja no.kad, lepas tu tunggu email untuk step seterusnya.
5. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

8. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.
9. Sila la klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.
Apa2 pun, sentiasa check email anda yer… Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak…

 ::::::tutorial paling panjang  dan ambil masa yang lama yang pernah den buat. kalau ada yang tak boleh buat tu bagitau la yer::::::
updated 22/10/2011 : Baru lepas aktiviti google menggoogle, then terjumpa satu website yang buat tutorial mcm ni jgk.. Tapi sebijik sama dengan entry ni, xde tukar nama anak den Nur Alya Adriana…
Ok, bukan nak marah… Entry berguna macam ni, memang patut dikongsi bersama.. Untuk panduan sesiapa yang tak tahu.. Memang itu tujuan utama den buat entry ni. Copy paste la kalau nak copy pun, tapi bagi la credit sikit.. Bukan susah pun nak bagi credit kan.. Just taip sumber dari mana.. Penat tau buat entry ni, crop pic sana,crop pic sini, edit sana,edit sini, mana nak ligan anak lagi … Huhuhuhu… Jangan ambil hati yer sesiapa yang terasa tu…
Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

  1. aya says

    salam.. sy nk tny.. sy dh buat akaun paypal, tp masuk no kad atm maybank tu, keluar result mcm ni.. mcm mana ye?

    ” The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.”

  2. sarina says

    Tkasih atas perkongsian. Kalau u ada info atau u sendiri dpt guide saya utk biz online i.e job from home, link posting etc utk 2 atau 3 jam secara manual amatlah saya au2kan. Tak kisah bayaran asalkan dapat ilmu untuk dimanfaatkan. Minta hubungi saya segera 0123834728. URGENT!

  3. laxus says

    salam admin,
    akaun paypal saya dh verify & dh linkkan dngan maybank..tapi baru2 ni saya tukar kad debit maybank yg baru..
    saya try buat pembayaran mlalui paypal dngan guna duit dalam akaun maybank saya sbab fund dalam akaun paypal saya x ckup tapi dia kluar mcam ni “This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.”
    then saya add maklumat kad debit baru ni dekat setting akaun paypal…
    lpas dah add yg baru dh bole buat payment tu..

    soalan saya–>perlu ke saya link kan balik kad debit baru ni dngan paypal & maybank?
    bole ke saya withdraw duit dalam akaun paypal saya kalau saya x link kan kad debit maybank baru saya

  4. Ali says

    Salam. Maaf nak tanya kot2 boleh jawab.. saya dah lama ada akaun paypal ni, dulu daftar di paypal singapore. dah lama sangat sampai dah lupa password. bila try masuk takleh, diorang tanya security question pun saya jawab salah jugak, ntah apa saya tulis dulu ntah.

    Soalannya, boleh ke kita buat akaun paypal yang baru dan biarkan saja akaun yg lama tu?

    T.kasih :)

  5. Akmal says

    akak, nak tanya…paypal ada had umur ke?
    atas 18 ke? bank apa lg boleh guna..
    saya 18tahun bulan 10 ni..skang x ckup lg…
    transaction fee paypal murah ke, berbanding western union?

    • says

      dah lama tak guna paypal…buat paypal ni pun sebab dulu rajin join program jana pendapatan yg dibayar melalui paypal…

      tak tahu la sapa…tak kisah la…lg pun entry ni dah lama….

  6. khairil says

    sy dah daftar paypal tpi dan sudah isi link Confirm your credit/debit card to get Verified…tpi apabila continue ia tlis We have disabled the use of this card on PayPal. You can add a different card. If you’d still like to use this card with PayPal,send us some documents….apa ni?sy x faham lah…harap blh tlg..

  7. siti says

    guna paypal ni,, ada charge x,,, contoh barang 10usd,,,ada penambahan x kalau guna paypal ni,,, macam western union,,,ingin tahu? terima kasih

  8. giegiey says

    salam ,
    saya ada masalah , semasa send duit kepada rakan saya dlm paypal .
    ada kuar mesej “This transaction cannot be completed” , knape yer ?

  9. nur says

    salam sis,sy dh bjaya bt paypal..sis try bt tutorial jual beli online dgn negara luar plak.tringin nk shopping online dgn ngr luar tp xreti..hehe

  10. says

    Salam zie ..

    semalam bee pergi buat kad chery sebab nak guna paypal .. kot lah kalau tk guna kad cery tu tab ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration’ tak de..

    tapi selepas tukar kad pun masih sama lah ..

    bee call custemer servis , rupanya tab ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration’ memang dah lama tak de , dekat setahun dah ..

    ahahah ..sabor je lah..zie kena update lain entri ni .. bee baru je daftar paypal terus je guna kad debit kita tu ,, lepas tu tunggu verfied pula , tunggu 2-3 hari utk dpt code pp tu pulak ..

    kongsi info ..nanti bee nak wat entri ni bee link kan kat zie yekkk..
    Jom skodeng entry menarik dari puanbee …Puan.Aishah Binti Ibrahim Nak Bagi Dua Juta PoundsMy Profile

  11. hanim says

    salam tuan umah yg baik ati nk kongsi ilmu.kate org dulo2 yg baik tu jdkn pengajaran, yg buruk jadikn sempadan…hehe nk kabo..sy cuba try ikut arahan dlm web zie ni mula2 mmg jd,tp tup2 kt step 4 klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, tidak keluar gambar seperti di atas tu,ada 2 choice nk pilih RHB or other bank….atau credit card…so mula2 sy pilih other tup2 dia mtk sy topup…so sy back balik,pilih credit card..bru kuar pic mcm step 4,so sy hold dulu buka maybank2u…xkuar pun ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration’ so sy tergendala step tu.xtau nk wat cmne dh,lau kt cni bleh membntu mudah keje xyah gi maybank mnyoal sana…tq

    • says

      tab ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration’ menurut Puan Bee dah lama takde. Saya dah updated entry ni, jika kurang faham mungkin boleh bertanya kepada Puan Bee sebab tutorial ni pun dah lama..Masa saya buat dulu mmg rumit sikit… Maybe Maybank ada updated cara2 terbaru yang lebih menyenangkan….

  12. mel says

    salam. sy nk tanya. sy dh siap verify semua. tp tertinggal step maybank secure online shopping registration. sy x blh send money pada seller. masalahnya, bila sy bukak acc maybank, dekat utilities tu, xde pilihan maybank secure online shopping registration. mcm mane ae?

  13. eda says

    akk..smua step akk eda dh brjaya wat…eda guna maybank..tq akk .nak tnyer akk, paypal ader no akaun tak …kat mane blh dpt..sbb eda ader try click n survey,,,bila nak cash out duit dr click @ survey dia suh masuk kan no akaun.. no akaun aper eda nak msuk kan akk… akaun paypal ker akaun maybank…

    • says

      Paypal xde no akaun.. sebab paypal pakai email saja utk sebarang transaksi.. jadi eda kena ingt email mana eda pakai.. jgn lupa password paypal jgk tau.. kdg2 bila jarang guna,kita akan lupa password..

  14. eda says

    akk…eda dh blh bukak akaun paypal… tp skrng blm verified lagi… nak tnyer akk… eda guna CIMB card… blh ker….

  15. eda says

    salam… akak.. nak mintak tolong… saya tak blh nak bukak akaun pay pal… tak tahu silap kat mn…sbb bila saya isi form smua nak click “agree & get started” tak blh… blh tak tolong sy slesai kan msalah sy…tq akk.

  16. says

    macam mana nk buat pembayaran menggunakan kad kredit,atau pun akaun paypal tu kena top up dulu baru bleh bt pembayaran…ataupun penjual tak menerima bayaran menggunakan kad kredit…

    • nor says

      Anonymous, dlm link you tu tulis ” If you are requesting a non-US check, you must be requesting at least 100$. You can only request payment via Wire Transfer if you are requesting more than 100$.” So, u dh try ke payout duit u dari akaun paypal u yg dpt dari servis ni?

  17. Syed Azharul Asriq says

    Salam, kalau duit RM10 dh masuk PayPal, macam mana nak masukkan ke MayBank semula? Paling kurang nak withdraw pun RM40..hm….

  18. abadi says

    mcm mana kalau nama saya kat maybank mohamad fakri afran bin . mcm mana nak buat turutan first second third name kat paypal registration?

  19. Anonymous says

    shahril awk guna kad maybank yg jenis lama x…maybank debit card ada gamabr cerry, belakang dad logo visa….

  20. blog shahrill azuan says

    salam..saya x dpt register lah..dekat maybank2u x lps untuk isi form UTILITIES..selepas saya klik je keluar ayat "you are not visa debit card user"..boleh jelaskan x?

  21. Ila says

    den dh ado dah paypal…dulu verified pakai vcc..rm25 jer..tapi tak tahulah ada lagi tak skrg…dulu den suko beli kat ebay…hehehe

      • abang says

        salam,

        yg paling XSENONOH aku lihat,maklumat yg paling mudah untuk diperolehi ini,boleh ditanya di bank atau rakan2,,mudah sahaja,,dan ada juga orang yg bermurah hati mengajarkan tanpa sebarang kos,,seperti tn ini,bebanyak TQ

        unfortunately,,sampai ada orang buat buku dan jual maklumat

        “panduan membuka akaun paypal”

        adeh,,zaman sekarang,cara nak berak pun mungkin depa akan buat buku,,semuuo bonda buleh buek duit eh
        KAHKAHKAHKAH

        maaf atas terlanjur nya kekasaran bahasa ku,,
        den nak golak gie muahahAhaha

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge