ENCIK MIMPI | SUARANYA BUAT SI GADIS TERMIMPI-MIMPI

Assalamualaikum…

Siapa Encik Mimpi ni?? Serius tak kenal.. Sebab orangnya misteri. Dalam blog dan facebook  Encik Mimpi ni takde sekeping  pun gambar dia..

Mula jadi silent reader blog Encik Mimpi ni dalam awal tahun 2010 setelah dapat jemputan Encik Mimpi sendiri melalui shoutbox untuk dengar lagu nyanyian beliau sambil main gitar kat blog. Lepas tu terus minat yer.. Ohh..ibu Alya ni kan suka lagu berentak slow aka jiwang orang kata… :) Sedap telinga mendengar..

Sejak tu la rajin gi blog Encik Mimpi ni nak dengar lagu nyanyian Encik Mimpi terutama time nak updated blog.. Rasanya sekali je kot pernah tinggal komen kat blog dia, pastu kalau singgah pun just nak dengar lagu. Dah nama pun silent reader kan.

Tapi Encik Mimpi ni macam biskut chipsmore, sebab kejap ada, kejap takda. Bila tiba-tiba updated blog, ada la lagu baru dia upload.. Kalau tak lagu ciptaan sendiri, ada la lagu artis lain yang dia cover. Dan suara nyanyiannya buat ramai para gadis termimpi-mimpi..

Cuma sejak akhir-akhir ni terperasan yang Encik Mimpi macam dah mula aktif. Dan peminatnya sudah tentu la ramai dari kalangan anak-anak gadis.. Nak tau sebab apa, meh layan 2 video bawah ni… Suka lagu baru  “Pembukaan” ni..

Nak dengar lain-lain lagu nyanyian Encik Mimpi ni boleh lepak kat blog Encik Mimpi atau kat Facebook atau official FB Encik Mimpi atau pun boleh layan kat youtube Encik Mimpi. Kalau nak belajar main gitar pulak boleh singgah Blog Kunci Gitar Encik Mimpi.

Nak kenal lebih lanjut siapa Encik Mimpi ni jom baca Temubual Eksklusif Buahmulut Bersama En Mimpi Penyanyi ‘Putus Di Twitter’

Macam terperasan yang Encik Mimpi ni suka tulis perkataan macho dalam blog dia.. Contoh macam macho gila, macho gile ah, sangat macho, sedap dan macho, dengan kemachoan .. Maybe trademark kot.. Hahahaha…

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge