KHASIAT BUAH KURMA UNTUK IBU-IBU HAMIL

Stok buah kurma ibu Alya dah habis, sebenarnya minggu lepas sangat-sangat teringin nak makan kurma. Merata cari tapi tak jumpa. Ye lah kan, bukan musim makan buah kurma macam bulan puasa,memang susah nak jumpa.

Kat Tesco ada je jual tapi bukan jenis yang kurma yang biasa,kurma merah yang baunya macam buah asam.. Pernah beli kurma merah ni tapi tak boleh nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.

Last sekali,minggu lepas balik kampung Encik Fauzi sambil2 tu ronda kat pekan untuk cari kurma.. Mujur la ada tapi bukan jenis kualiti baik.. Tapi boleh la setakat nak lepaskan rasa mengidam. Sekilo RM25..Mahal kan.. Mungkin sebab susah nak jumpa kurma sekarang ni.

Duk promosi contest gadget impian di facebook,jumpa pulak artikel bawah ni.. Kebetulan stok kurma yang beli hari tu dah habis makan, maunya kena paksa Encik Fauzi cari lagi ni.. :)

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil… buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti.

Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi – sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

Sumber https://www.facebook.com/notes/ezymesra-e-shoppe/khasiat-buah-kurma-untuk-ibu-ibu-hamil/263394447054451

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge