Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?

Ini adalah entry khas untuk Contest Gadget Impian pusingan akhir anjuran Denaihati. Sebenarnya tak tau macamana nak mula tulis ni sebab tak sangka akan jadi peserta kedua yang entry den tulis melalui email dimasukkan ke blog Denaihati. Berdebar-debar dada ni, kaki tangan semua jangan cakap la, terketaq habis.

Untuk pusingan akhir ni, setiap peserta yang terpilih akan diberikan masa selama 7 hari untuk mempromosi sehabis baik entry masing-masing untuk dapatkan sebanyak mungkin jumlah klik button retweet, google + 1, FB like, LinkedIn dan komen sekurang-kurang 7 perkataan pada setiap entri yang di publish di blog Denaihati. Klik untuk baca entry berkenaan. 

Pemenang untuk pusingan akhir ini akan ditentukan 70% daripada jumlah keseluruhan RETWEET + FB LIKE + GOOGLE PLUS + LINKEDIN   +  TOTAL KOMEN + TOTAL POINTS REWARD yang terkumpul dalam tempoh 7 hari. Lagi 30% daripada penilaian penganjur dan penaja.

Bawah ni adalah entry yang den emailkan ke Denaihati dan dipublish di blog Denaihati untuk pusingan akhir.. Takde edit langsung ye, apa yang den emailkan sama saja di bawah… Bawah ni den senaraikan 6 sebab kenapa Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi idaman hati.

Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:

Pertama : Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukan lah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang di anggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.

Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh di kategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu,saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.

Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.

Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak di rancang. Biasanya, saya seacrh dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masakalangkah bagusnya. Tak perlu la lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.

Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.

Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yangmembolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir2 ni, laptop tu terasa berat untuk di angkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa kg bebanan yang kami bawa. :)

Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja, mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap, tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni…Alhamdulillah… Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat… Terima kasih untuk penganjur dan semua penaja yang terlibat.

Oleh itu, ibu Alya sangat-sangat memerlukan sokongan anda pembaca blog ini dan rakan-rakan blogger untuk memberi sokongan di entry ini dengan memberikan klik button retweet,FB like,Google Plus, Linkedin atau tinggalkan komen yang tak kurang 7 patah perkataan di entry tersebut atau anda boleh ikut langkah satu persatu seperti dibawah:

  1. Tekan@Klik button like di entry Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zie Fauzi.
  2. Tekan@Klik button Google Plus di entry  Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zie Fauzi.
  3. Tekan@Klik button LinkedIn di entry Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zie Fauzi.
  4. Tekan@Klik button FB Like di entry Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zie Fauzi.
  5. Tinggalkan komen paling kurang 7 patah perkataan di entry Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zie Fauzi. (kalau kurang, komen akan di delete penganjur)

Misi Ibu Alya untuk dapatkan gadget impian idaman hati, 70% dari markah keseluruhan anda yang tentukan. Sokongan dari anda den ucapkan ribuan terima kasih.

UPDATED : SOKONGAN DI ENTRY DI ATAS TELAH TAMAT, NAMUN ANDA BOLEH JUGA MEMBERI SOKONGAN DI ENTRY INI DENGAN LIKE, TWEET, +1 DAN KOMEN. TERIMA KASIH..

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com,  Anarm.net,  eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,  Kedai Kak Siti,  Jaws.my dan Serverfreak

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge