Assalamualaikum….
Sempat blogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain tadi. Sempat la tinggal komen yang tak seberapa di blog yang sempat singgah. Dalam blogwalking terjumpa la blog ini yang menurut kata penulis dibuat khas untuk drama terbaru yang akan ditayang nanti iaitu Adam dan Hawa , adaptasi novel dari penulis Aisya Sofea.
Tak sangka novel yang menjadi kegemaran dulu akan diadaptasikan menjadi sebuah drama bersiri akan datang. Banyak pulak tu, 80 siri dan akan ditayangkan di Astro. Tak pasti pulak akan ditayangkan setiap hari atau seminggu sekali…
Penggambaran drama 80 episod ini dikatakan akan ambil masa sekurang-kurangnya empat bulan dan akan dilakukan dalam dan luar negara seperti di Perth, Mekah , Taj Mahal serta Malaysia.
Novel yang dijadikan drama mahupun filem sekarang ni semakin menjadi trend dan semakin banyak yang ditayangkan di kaca televisyen. Bermula dengan Filem Ombak Rindu, kemudian ditayangkan pula drama Bicara Hati.
Kemudian, Dingin Lavenda & Gemersik Kalbu dan jangan lupa drama Nora Elena yang pernah mendapat tempat di hati peminat ketika ditayangkan satu ketika dulu. Banyak lagi lah. Tak lama lagi Adam dan Hawa pulak…
Manakala bagi lagu tema untuk drama Adam dan Hawa ini, Kumpulan Hujan telah dipilih untuk menghasilkannya. Siapa yang tidak kenal dengan Kumpulan Hujan ni. Lagu-lagunya best sangat bila didengar.
Sumber : FB Aisya Sofea
Nanti updated sinopsis dan siapa pelakonnya pulak yer….
Jom Baca Lagi Cerita di bawah...
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 77,78,79,80
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 73, 74, 75, 76
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 69, 70, 71, 72
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 65, 66, 67, 68
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 61, 62, 63, 64
- Video Drama Adam Dan Hawa Full Episode
- Video Drama Adam Dan Hawa Episod 57, 58, 59, 60
- Adam & Hawa – Episod 53 – 56

{ 7 comments… read them below or add one }
mesti best la kalau ade aaron..hehehe
Jom skodeng entry menarik dari pengumpul lirik lagu …Drama Adam Hawa Ogos Ini
i love aisyasofea – adam dan hawa .. cerita dia best gila . sape yang tak baca , rugi gila .
Emm bicara hati mmg gmpak habis.
Jom skodeng entry menarik dari budakserius …Gambar Zaman Remaja Pemimpin Dunia
bicara hati best.. tp perjalanan cerita mcm slow sangat…

Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Double Giveaway By Ceritaindahkami.com
seriusly..suke crita nie..ain sggup baca berkali2 novel nie..penuh prngajaran..yg penting dia guna nma AIN…ehee..
hehehe..cerita ni mmg best… harap jadi drama nanti best mcm novel nya jgk..
Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Double Giveaway By Ceritaindahkami.com
harapnya kalu nak adaptasi sekalipun, kalu ada part2 yang tak patut ditunjukkan, jangan tunjuk….sebab yg tengok bukan 100% org dwasa….ketika cinta bertasbih tak ada pun adegan seks…top je…kan?…
p/s : sebagai contoh ombak rindu, letak adegan2 tu..haih penting sangatkah? +_+
Jom skodeng entry menarik dari Ckin Kembaq …Seni Kopi Yang Unik. Sanggup Minum? hehe