Tanda-tanda Awal Kehamilan | Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum….

Tanda-tanda awal hamil yang den alami masa mengandungkan Alya dulu, sakit perut yang amat.. Itu antara tanda awal yang den ingat sampai sekarang. Sakitnya macam sengugut, duduk tak boleh, berdiri tak boleh.

Yang boleh hanya baring mengiring sambil rapatkan kaki ke perut tahan sakit. Berhari-hari jugak la macam tu sampaikan ada jiran yang ambil berat ingatkan perut den masuk angin. Siap bagi ubat untuk buang angin lagi… :)

Time tu memang tak jangka yang den hamil walaupun sedar period lambat sebulan dari tarikh yang sepatutnya. Lepas baik je dari sakit perut tu, den buat aktiviti macam biasa.

Siap ke Pesta Pulau Pinang main permainan yang tinggi dan gayat serta sangat tak digalakkan untuk ibu hamil. Time tu just fikir seronok dan nak cuba benda yang mencabar dan memang saat tu tak tahu yang Alya dah bernyawa dalam perut. Tapi itu la kali pertama dan terakhir den naik permainan yang umpama macam nak ‘bunuh diri sendiri’ tu… :)

Bila 2 bulan ‘kawan baik’ masih lagi tak kunjung tiba, kami suami isteri terus je ke klinik nak confirm betul sama ada pregnant atau tidak. Bila scan je, nampak jantung Alya berdengup, rasa sayu dan bersyukur sangat sebab tak jadi apa2 yang buruk pada Alya. Sebab time tu ibu Alya sangat2 lasak dengan aktiviti mengemas rumah… Ubah kedudukan almari baju, katil dan benda-benda berat seorang diri…

Gambar kenangan 2 minggu sebelum kelahiran Alya

Untuk bakal adik Alya pulak, tanda-tanda awal yang den alami adalah demam terkejut.. :) Demam secara tiba-tiba, ibu Alya ni jenis yang susah nak demam walaupun main hujan atau panas. Tapi bila demam secara tiba-tiba dan kebetulan 2 hari period tak datang-datang memang dah jangka ada ‘orang baru’ nak datang.

Esoknya lepas pergi klinik ambil ubat demam, terus ke Watson’s untuk beli pregnancy test.  Sehari kemudian baru la check dan confirm ada double line warna pink kat test kit tu. :) .. Sejak dari hari tu, badan mula rasa lemah dan letih selalu..

Sebulan lepas tu, baru jumpa doktor untuk kepastian dan buat scan yang pertama untuk memuaskan hati masing-masing. Alhamdulillah, dah 11 minggu lebih adik Alya bernyawa dalam rahim ibu sekarang ni.

Setiap wanita hamil akan mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang berlainan. Apa yang penting, jika period anda regular tetapi tidak datang pada tarikh sepatutnya cepat-cepat la confirm yer. Kalau boleh jumpa doktor terus untuk pemeriksaan selanjutnya.

Entry ni ditulis atas pengalaman sendiri, InsyaAllah nanti akan den updated tanda-tanda awal kehamilan yang lain untuk rujukan kita bersama… :)

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

  1. Jue_Zuha says

    As-Salam,

    Saya pon slalu terase perasaan hamil tp bila wat UPT -ve rse kecawa jga..nie sy dh lewat 5 hari sy demam,bawah perut saya sudah 5 hari sakit tp sy x g check pon…husbnd ajk g klinik mcm rse mls jer nk pergi…last year pnh pregnent tp xde rezki gugur…doa kn sy yer semua…

  2. iman says

    salam kak. sy br je berkahwin. after one week married sy demam, pening2, sakit pingang, sakit perut, breast pn sakit dan mood x menentu.so sy ada buat upt after 2weeks and results is -ve.tapi sampai skang sy masih mengalami tanda seperti diatas.sy tkt nk buat upt sekali lg sbb takut kecewa.

  3. aiesya says

    Salam.. Saya nak mintak bantuan, saya pernah keguguran 4/7/12 dan sepatutnya saya period 28/7/12 tapi saya x dtg period dan dah lewat period 5 hari.. saya musykil adakah sy mengandung walhal baru bulan lepas saya gugur ataw memang macam tu ke kalu keguguran msti lewat period? tolong share pengalaman jika sesiapa pernah mengalaminya..

    • Zie Fauzi says

      Salam…Terima kasih yer sudi singgah dan baca. Untuk kepastian lebih baik buat pemeriksaan dengan pakar iaitu doktor. Saya nak bagi nasihat pun saya bukan doktor. Entry ni di tulis atas pengalaman sendiri… Macam saya dah mentionkan di atas, pengalaman seseorang wanita hamil adalah berbeza. Jika keliru adalah lebih baik jumpa pakar… :)

  4. fatin Nurfatihah says

    Salam suma….
    23 juLai 2012 ni cukup setahun sy nikah.. Tp smpai skrg belum hamil.. Dr segi keluarga xda lah pula yg “lambat lekat” tetapi sebelah suami bleh dikatakan separuh dr mereka “lmbt lekat”.
    Dlm 2-3 tahun begitu lah.
    Sudah hampir 6bulan Sy mempunyai suma tanda2 yg diktgorikan sebagai HAMIL namun apabila ditest kptsannya tetap -ve.. Ini sgt mengecewakan sy.. Tmbahan pula berat sblum kahwin hnyalah 50kg,ttp slps kahwin naik mendadak sehingga 70kg.. Mcm2 sy buat nmun berat ttp xturun.
    Period sy sejak skolah menengah xpernah tetap sehingga skrg umur 24thun.. Buat msa skrg sy hnya mampu mengambil Folic Acid 5mg setiap hri utk membantu proses kehamilan.
    Saya juga sprt org lain yg asyik tertekan apabila ditanya “sudah lekat ke belum” pihak suami mereka tiada mslh krn pihak mrka jnis “lmbt lekat” tp pihak sy sedikit sebanyak memberi tekanan dgn sindiran panas mereka itu.. Rkn2 sy juga mudah hamil, tp knpa sy tidak???
    Tuhan sj lah yg Maha MengetaHui segalanya..

    • Nanie Nahar says

      Cuba berjumpa dengan pakar. Insyaallah pakar dapat tahu apa masalah puan, mungkin berkaitan dengan hormon atau sebaliknya. Boleh jenguk blog saya untuk bertukar2 pendapat…www.kisahkeluargakecilku.blogspot.com

  5. ina sham says

    askum
    nak tanya lah,sy br ja kawin dah nk masuk 2bln dah…period sy bulan2 mmg xtetap……bln 3 haritu 5hb,bln lepas 8hb…tp bulan ni xdtg2 gak……tp breast sy mula sakit2 dan bengkak……..perut lak mula skt cm masuk angin………..bdn penat2 dah test tp -neg………pregnancy test tu blh kesan kandungan seawal brpa minggu ya?

    • Zie Fauzi says

      saya 1st time hari tu lmbt jgk check.. dlm 2 bulan lewat kot… tp utk yg second ni, lewat dlm 5 hari kot rasanya sy dh check… hmmm..kalau ikut tnda2 tu mmg ada… buat ujian tu bila?? lebih elok buat time baru bangun tido paginya….

  6. mummy awatif says

    saya bunting pelamin.2 minggu kawen saye tros mabuk…tp xnak excited sgt….lepas lewat 10 hari period baru cek..mule2 beli PT 2 saya salah guna…excited sangat kununnye….then 1 week after saya try lagi..hepi sgt sebab nek 2 bar..tp belm nak announnce lagi…besoknye cek kat klinik…alhamdulliah +ve…mule2 mmg r morning sickness kuat sampai turun berat..lawak je

  7. fiza says

    salam….

    seronoknya baca pengalaman masing…hikhik…
    sy nk kongsi sikit pengalaman sy….

    sy br je kawin awal bulan Disember 2011….
    awal januari 2012, sy mengalami situasi kerap buang air…sy ingtkan ada masalah berkenaan batu karang atau kencing kotor…pd mulanya sy tak terfikir tentang hamil….

    bila tiba waktu biasa period, sy mula runsing….period sy tak pernah lmbt…selalunya kitaran haid sy 19-23 hari je….
    kebetulan pula ari2 sy setiap hari skt….nk dijadikan cerita sy minta suami bw g klinik…sy ingt lg…ms tu genap sebulan kami kawin…doktor sahkan sy pregnant..ms tu fokus sy dan suami nk tahu kenapa sy kerap buang air, perut skt2…bila doc kata sy hamil, kami tergamam…..alhamdulillah sy bunting pelamin…nk masuk 4 minggu ms tu…tp sy ada masalah dengan rahim…doc kata rahim sy senget ke kanan…kencing kotor…agak teruk

    tp, kegembiraan kami sekejap je….sy keguguran seminggu lps tu….sy tak buat DNC sb doc kata kandngan awal lg…just urut kg je,….

    skrg kitaran haid sy dh masuk hari ke 35 tp msh blm period….sy was2 sy ni pregnant ke tak….tanda2 hamil dh ada….breast sy mula sakit2 dan bengkak…bdn sy jap panas, jap sejuk…pinggang sakit stp kali nk tido…ari2 sy sakit stp pg….kdg2 terlalu kerap….sy juga alami sembelit, perut selalu krem….cuma satu tanda je yg sy takde-kerap buang air….faktor ni je yg menyebabkan sy musykil sy ni pregnant ke tak….

    bl cerita ngn kwn2, semua kwn2 suruh sy buat UPT….nk dijadikan cerita, sy buka la entry kak zie ni….dengan confident, sy buat UPT…alhamdulillah +ve….Allah je yg th perasaan sy skrg…..

    sehingga komen ini ditaip, sy msh blm kerap buang air kecil….tp pinggang sy, sakit yg amat…tekak dh mula mual2 dr 3 hari lps…..

    so, sy nk tanya kpd kak zie, adakah keadaan ini normal?
    ms 1st time pregnant, sy terlalu kerap buang air…ms tido, smp 3 kali sy bangun utk buang air…smp sy menyampah tgok tandas….tp pregnant kedua ni takde pun simptom tu…..

    musykil sgt……adakah ini menandakan ada sumthing wrong dengan body sy?

    ada tak sesiapa yg alami perkara yg sm seperti sy?

    • Zie Fauzi says

      Alhamdulillah….
      Tahniah ye Fiza… dah tahu positif tu dah gi check dgn doktor belum?? Kalau belum elok pergi yer… Biasanya awal mengandung ni risiko untuk gugur tinggi…. :)
      Btw, pengalaman yang Fiza cerita tu kak rasa normal je… Memang tanda-tanda awak tu hamil… Bab selalu buang air tu rasanya ok kot.. SEbabnya kak sampa sekarang x merasa lagi kerap ke toilet… masih lagi dalam situasi semasa bab buang air ni….

      Tapi kalau dari pengalaman anak pertama dulu, kerap buang air akan terjadi bila perut semakin membesar… Lagi besar perut lagi kerap la ke toilet…. Kalau Fiza rasa was2, elok Fiza pergi jumpa doktor ok…. btw,tahniah sekali lagi…. n take care ok.. jgn buat keje berat2… :)
      Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Wang Tunai RM5000 untuk BloggerMy Profile

      • fiza says

        alhamdulillah…tq kak zie….
        sy plan tgu next month br g check…huhuhuhu…punya la nk surprise kononnya…

        alhamdulillah skrg sy mmg btl2 menjaga diri dan kandungan….

        dh mula mminum susu, ambil asid folic…(bekalan ms preggy yg gugur dl)

        syukur sy msh blm ade morning sickness….cuma loya2 je…asam dan air soya menjadi peneman sy skrg….cuma skrg terlalu kerap sakit pinggang….
        so far blm mudarat lg….tp 2 org kwn sy kata tu normal….sy pun fikir positve je….now dlm meniti hari2 bahagia dgn perut ni…hikhik…husband pun x bg buat kerja berta2, tensyen2…kena happy je….sy harap sy tak mabuk teruk la….

        semoga bekalan stamina sms sy ligat dlm sukan, kehidupan harian, dpt membantu sy sepanjang kehamilan….insyaAllah….

  8. yanmie says

    Salam,

    Kecik je Zie masa preggy, akak dulu macam mengandung anak kembar heheeee.

    Akak tanda-tanda tu mestilah period miss kan, time tu buat UPT dan positif, lain2 tanda takde, lepas buat UPT tau pregnant baru ada tanda lain menyusul heheee.

    Yang syioknye time preggy suka cium bau minyak petrol hahaha, asal pi isi minyak mesti amik bau petrol dengan membuka tingkap kereta seluas2nya hahaa, ya Allah teruk betul perangai akak kan hahahaa.
    Jom skodeng entry menarik dari yanmie …Mengigau Di Siang HariMy Profile

    • Zie Fauzi says

      wslm,,,,
      ramainya cakap kecik… hihi… sebab badan pun kecik sama kot time tu… lani x yah cakap la… lemak je banyak….

      1st time, bila period x dtg buat x tahu je, adik alya ni 2 hari lambat dah syak dah ada ‘isi’…

      erkkk..bau petrol… zie pulak x suka bau petrol… kalau boleh masa isi minyak keta tu nak tutup tingkap pintu rapat2…. :)
      Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …10 Fakta Menarik Tentang BayiMy Profile

    • Zie Fauzi says

      tapak kaki panas xde pulak kak rasa, cuma sakit perut tu mmg tak tahan… husband gi keje tinggal sorg2 kat umah tahan sakit sampai menangis… nasib la ada jiran yg amik berat… kejap2 dia mai umah tanya dah ok ke tak.. :)
      Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …10 Fakta Menarik Tentang BayiMy Profile

  9. transformed hw says

    Knur pulak mmg bila tak dtg bulan mcm biasa, terus je buat pregnancy test. Tanda2 lain cuma tak tahan bau2 yg busuk tapi mujur tak de muntah2. Skrg tgh mengandung yg no 3, (dah 6 bln) pun tak de muntah2. Alhamdulillah.

    • Zie Fauzi says

      masa 1st pregnant tu, zie buat tak tahu sebab xde pengalaman lagi… tambah pulak baru je 3 bulan kawin time tu.. bila dah lama sgt period x datang mula la gelabah… :)

      dh 6 bulan ye kak.. x lama dah tu…. zie untuk adik alya ni mula2 je kerap loya,pening n muntah… sekarang dah ok… cuma pening tu kerap..
      Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …10 Fakta Menarik Tentang BayiMy Profile

  10. Ummi Hanie says

    hanie pun masa preggy yg si huzaifah ni agak lasak sikit dr biase… eh,same lak pngalaman kita masa preggy ank sulung, g naik ferris wheel tu… sy tau preggy masa tu tp nk naik jugak..turun je terus mabuk2,nk balik rumah… :p

    aah x besar sgt zie masa dah sarat… sy ni perut besarnye amat,bdn pun naik jugelah… sgnye brsalinkn alya ;)
    Jom skodeng entry menarik dari Ummi Hanie …Kerianganmu kebahagiaanku [Sticky hingga 18 Mac '12]My Profile

    • Zie Fauzi says

      ferris wheel tu boleh tahan lagi hanie… Ni zie naik benda apa tah namanya… berpusing2 di awangan, kejap naik kejap turun.. memang rasa nak gugur jantung naik masa tu.. mulut duk sebut Allahuakbar x henti2.. stop je terus x mau naik benda lain dah… pening x yah cakap la… lani kalau husband ajak naik, mmg tak la… :)

      a’ah.. masa mengandung dgn bersalin Alya mmg senang..x byk kerenah.. alah pun kurang, bersalin pun senang….

      Masa pregnant alya mmg ramai cakap perut kecik.. tp adik alya ni, baru 2 bln lebih perut dah nampak menonjol ke depan.. mungkin sebab lemak tepu sama kot… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge