Denyutan di Perut

Assalamualaikum….

Alhamdulillah.. dapat meneruskan hari-hari mendatang dengan usia kandungan yang dah memasuki 19 minggu…  Sindrom morning sickness pun dah makin kurang, cuma “sindrom makan untuk berdua” saja makin bertambah.  Macam-macam yang nak ditelan. :)

Bertambah teruja bila terasa denyutan pertama di perut ketika baring beberapa malam yang lalu. Denyutan tersebut  tak dapat dipastikan sama ada denyutan itu tendangan dari kaki baby atau gerakan tangan atau lain2. Yang pasti, bakal adik Alya ni akan beraksi secara aktif tak lama lagi… :)

Sedikit info yang diambil dari babycenter.com.my

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. 

Indahnya rasa bila dapat peluang untuk merasai pengalaman gerakan baby dalam perut ni lagi.. Hampir 3 tahun pengalaman ni berlalu… Time yang paling dirindui bagi ibu yang pernah hamil.. Sekarang ia datang lagi… :)

***”adik buat apa dalam perut ibu??” Kakak Alya dah pandai nak menyembang dengan adik…. ***

Comments

  1. says

    kadang kadang tu kesian jugak kat isteri tiba tiba berkerut muka menahan sakit bila anak dalam perut bergerak..lebih lebih lagi bila kandungan dah masuk trimester akhir..nak tidur pun asyik terganggu je..kedua dua anak saya dulu memang sangat aktif dalam perut mama diorang tu..tambah lak bila kita ‘berinteraksi’ dengan diorang masa dalam perut tu..nampak je perut ‘bergerak’..hehehe
    Entri baru dari pipoq …Bukan sehariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge