Checklist Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu dan Bayi di Hospital

Assalamualaikum…

Bagi sesiapa yang menunggu kelahiran cahaya mata yang dikandung sekarang ni mesti dah mula menyediakan beberapa barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi di hospital supaya urusan untuk menyambut orang baru nanti terurus. Terutama yang sudah memasuki trimester kedua kehamilan.

Bagi yang dah membeli atau akan membeli, meh den nak share checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa berada di hospital. Ini senarai keperluan dihospital yer, bukan senarai penuh maksudnya. Terima kasih kat kak Hafezah tauke mypermatahati.com kerana menyediakan checklist untuk di download secara percuma.

Jom tengok apa senarainya…

Hospital Checklist

* Untuk Ibu *

  1. Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
  2. Kad Pengenalan
  3. Telefon Bimbit
  4. Baju/Blouses ( 5 helai)
  5. Stokin ( 2 pasang)
  6. Kain Batik ( 3 helai)
  7. Baju/Seluar Dalam ( 5 pasang)
  8. Skaf Kepala/Ki/Tudung ( 2 helai)
  9. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
  10. Majalah/Buku
  11. Tuala Mandi
  12.  Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
  13. Tuala Muka ( 1 helai)
  14. Selipar
  15. Kamera
  16. Air/Minyak Selusuh
  17. Minyak Angin
  18. Air Zam Zam
  19. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
  20.  Termos Air Panas
  21. Bag Plastik
  22. Baju Sejuk (Sweater)
  23. Sikat
  24. Breast Pad
  25. Nursing Bra

* Untuk Bayi *

  1. Baby Diapers ( 6 keping)
  2. Baju ( 3 pasang)
  3. Minyak Telon
  4.  Baby Wipes/Wet Tissue
  5.  Tuala Mandi
  6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (4 pasang)
  7. Peralatan Mandi
  8. Selimut/Bedung
  9. Barut
  10. Topi

 

Nota kaki : Rasa macam banyak la pulak nak kena standby, mungkin ini senarai keperluan di hospital kerajaan, berdasarkan pengalaman bersalin di hospital swasta, keperluan bayi hanya sediakan untuk balik sahaja. Maknanya, kalau 3 hari kat hospital, 3 hari juga la pakai baju, bedung, diapers yg hospital sediakan.. Untuk ibu,pandai2 la sediakan… :)

 

Comments

  1. says

    haha.. teringat saat2 nk melahirkan huzaifah dan kakak2 abang2nya…

    rasa mcm dah terlambat packing barang sbb asik menghitung hari menunggu saat nak bersalin, rupa2nya masih awal lg… 8 bulan kandungan dah siap2… :p

    tips nak kasi cepat bersalin: naik turun tangga… hehe… esoknya insyaAllah rasa nk bersalin… tp tunggu due lah ye… in case terlewat, boleh le cuba tips ni ;)
    Jom skodeng entry menarik dari Ummi Hanie …Wordless Wednesday #44: Teaser kedua projek mega ’12My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge