OST dan Sinopsis Setia Hujung Nyawa

January 16, 2013

setia hujung nyawa

Assalamualaikum….

Dah terlepas 2 episod drama dalam slot Akasia TV3 ni, Setia Hujung Nyawa. Cuba cari masa untuk tengok balik episod yang tertinggal kat tonton.com.my…

Bila layan drama ni macam-macam perasaan ada memula rasa mcm sweet je tengok watak Zain & El… Pastu mula la ada perasaan geram, sedih…. Huhuhu… Lepas ni confirm bahagia pulak…. :)

Jom layan OST drama Setia Hujung Nyawa ni… Best dan sedap dengar…..

Dah sedap-sedap dengar tu jom layan sinopsisnya pulak….

Sinopsis drama Setia Hujung Nyawa

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

kredit: bardboo.com

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

{ 6 comments… read them below or add one }

suhailey January 19, 2013 at 6:49 pm

sy pun sgt suka drma ni..sweeet kan? suka ngn zain & ersalina ni

Reply

puanbee January 17, 2013 at 6:36 pm

i like ..geram jek tgk drama ni huuu~
Jom skodeng entry menarik dari puanbee …Layang-layang tidak berjaya di layangkanMy Profile

Reply

mira adzlia January 17, 2013 at 12:06 pm

da byk tggl episod, sbb ptg2 je skang dok bsukan..huhu.nk tgk tonton, lembab la plak internet…..tp cte nih mmg best :)

Reply

Zie Fauzi January 17, 2013 at 2:00 pm

bertukar la kepada unifi…hihihi…. sejak pakai unifi best,semua cite nk tgk online…hihi
Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Header Comel Sempena Tahun BaruMy Profile

Reply

Ummi Hanie January 17, 2013 at 10:42 am

drama2 ni slalu x rajin nk tgk… timing x seswai kot…
Jom skodeng entry menarik dari Ummi Hanie …Keputusan Contest Top Referral blog Ummihanie.com. Siapa bakal dinobatkan sebagai juara?My Profile

Reply

Zie Fauzi January 17, 2013 at 1:59 pm

sebab timing tak sesuai la zie selalu ketinggalan…biasanya tengok balik kat tonton.com.my
Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Header Comel Sempena Tahun BaruMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Web Statistics