Assalamualaikum….
Semasa Bajet 2013 dibentangkan September lepas, den tak berpeluang nak tonton secara langsung sebab sibuk uruskan hal pendaftaran nama perniagaan di SSM.
Selesai je urusan di SSM, turun tanda untuk bersalin pula (kisah pengalaman bersalin di sini), lalu bergegas ke hospital sehinggalah habis tempoh berpantang baru la betul-betul dapat cari maklumat mengenai insentif RM1000 untuk peniaga online wanita yang dibentangkan dalam Bajet 2013 lalu.
Mulanya,den ingatkan insentif yang dimaksudkan sama seperti BR1m.. Dapat voucher kemudian baru dapat cash…Rupanya insentif ini adalah dalam bentuk geran dan terbuka untuk 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita…. Jom baca lebih lanjut berkenaan Program Get Malaysian Business Online
Apakah itu Get Malaysian Business Online?
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
- Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
- Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
- Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
- Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
- Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
- Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Bagaimanakah geran diagihkan?
Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
Maklumat lanjut mengenai program ini anda boleh baca di sini. Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my (klik sini) atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
Jadi kepada sesiapa yang berasa dirinya layak untuk memohon cepat2 la buat permohonan… Setakat hari ini masih ada 49 524 ruang kosong untuk diisi…
Jom Baca Lagi Cerita di bawah...
- Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013
- Pengumuman Kabinet Baru Secara Langsung di tv1
- Tarikh Mengundi PRU13
- Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat
- Mohon BL1M Secara Online
- Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013
- Cuti Umum di Malaysia Bagi Tahun 2013
- Tarikh Pembayaran Gaji bagi Tahun 2013

{ 7 comments… read them below or add one }
website ssm busy je.huhu
nak mohon… nak mohon…. domain .com.my dah beli

Jom skodeng entry menarik dari Ummi Hanie …Keputusan Contest Top Referral blog Ummihanie.com. Siapa bakal dinobatkan sebagai juara?
mohon jgn xmohon kalau layak…
zie dh mohon…tunggu result je dpt ke tak
menarik. bagi yang layak elok sambut insentif ni.
Jom skodeng entry menarik dari Denaihati …Wajah manusia yang menyamar
Mantap dah menarik…
Malangnya tak layak kot. Maknanya ianya hanya sesuai kepada mereka yang sudah mulakan peniagaan, cuma nak expendkan aje kan
Jom skodeng entry menarik dari Bro Framestone …Teman Pengganti
JOM MOHON….

Jom skodeng entry menarik dari syamila …Bila terlampau mengantuk
jom mohon…,. rugi tak mohon kalau layak
Jom skodeng entry menarik dari Zie Fauzi …Tahniah Jozan | Juara Maharaja Lawak Mega 2012