Pening Ketika Hamil

Assalamualaikum…

Masa mengandungkan Alya dan Humaira dulu,den selalu pening-pening. Mungkin juga disebabkan masalah anemia yang den alami. Asal pening je,mesti cari bantal nak tidur. Akhir sekali itu la aktiviti wajib ketika awal kandungan dulu..

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun.

Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:

• Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
• Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
• Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
• Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
• Jika anda terlampau panas.

kredit : http://bit.ly/124qOgz

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge