Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh

Assalamualaikum…

Mesti ramai dah mula merancang untuk atau dah pun berada dalam perjalanan balik ke kampung halaman sempena menyambut aidilfitri. Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan diri sendiri mendapat rehat yang secukupnya.

Bawah saya kongsikan secara ringkas antara tips-tips sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Moga bermanfaat..

1.RANCANG PERJALANAN ANDA
- kenal pasti laluan yang akan dilalui untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dahulu kawwasan rehat.

2.PASTIKAN REHAT MENCUKUPI
-Elakkan memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalan jauh selepas bekerja atau makan akan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

3.ELAK AMBIL UBAT YANG BERI KESAN MENGANTUK
-Sebolehnya elak mengambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk sebelum memulakan perjalanan jauh. Ambil lebih awal atau selepas anda sampai destinasi yang hendak dituju.

4.KAWAL PERASAAN
-Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu. Perbuatan itu boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

5.PERIKSA KENDERAAN ANDA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
-Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.

Tips untuk pemeriksaan kenderaan sendiri sila semak gambar di bawah… Kalau tak jelas boleh rujuk link yang diberikan di bawah….

tips periksa kenderaan sendiri

 

Untuk pemeriksaan lebih detail boleh semak “Tips-tips Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh”.

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

  1. says

    kampung SA x jauh…amik masa 30 minit jer dah sampai…tp masih perlukan perancangan…sebab jalan jammed ..so SA dah buat keputusan…akan gerak balik kampung sejurus lepas berbuka malam esok…insyaallah

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge