Sinopsis dan Lagu Tema Drama Love You Mr Arrogant

Assalammualaikum semua,

Lagi sekali cerita dalam novel akan diadaptasikan drama untuk tontonan di kaca televisyen. Sekarang ni dah jadi macam trend kan novel yg diadaptasi ke drama mahu pun filem.

love you mr arrogant

Novel bestseller Love You Mr Arrogant, akan didramakan dan ditayangkan di slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Cinta Jannah pada 25 September 2013 ini.

Antara barisan pelakaon yang akan membintangi drama ini adala Azlee Khairi (Zafriel Irham), Zara Zya (Zaara Amirah),  Keith Foo (Hadry Hakimi), Hanez Suraya (Sherry), Norish Karman (Puan Sri Maryam), Mustapha Kamal (Tan Sri Zahir).

Jom kita baca sinopsis novel dulu:

Sinopsis LOVE YOU MR. ARROGANT

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham.

Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

“Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” – Zafriel Irham

pelakon love you mr arrogant

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

“Apa? Atas lantai ni?”

“Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.”

“Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!”

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi…” – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…

Kredit gambar dan sinopsis ke Sumber

Manakala lagu Tetap Menantimu nyanyian Nomad telah dipilih menjadi lagu tema drama ini.

:::::pssstttt siapa Zara Zya ye,first time dengar nama pelakon ni :) :::::

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge