Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Ruang kediaman merupakan salah satu keperluan asas yang penting. pasti ramai yang menginginkan untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri. Buat mereka yang belum pernah memiliki rumah sendiri kini anda berpeluang untuk mendapatkan rumah sendiri dalam program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ada dua cara untuk memohon RMR1M, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan anda. Anda juga boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membantu mendapatkan RMR1M ini.

Berikut adalah cara untuk memohon secara manual :

  • Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB (sila klik) atau anda boleh dapatkan borang di Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  • Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

Sila lihat gambarajah di bawah untuk lebih faham lagi bagaimana carta alir proses permohonan RMR1M.

cara mohon RMR1Mcara mohon secara online RMR1M

Sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan untuk anda yang ingin membuat permohonan secara online di sini – Manual Pengguna RMR1M.

Sebelum membuat sebarang permohonan skim anda perlu ketahui beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi. Memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini,

Antara syarat kelayakan yang perlu dipatuhi adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 7,500kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

Berikut merupakan syarat-syarat tanbahan yang perlu dipatuhi :

  1. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/ cagaran ke atasnya. Tanah juga mesti mempunyai hak milik (geran) asal dan mendapat kebenaran semua tuan tanah untuk gadaian dan pembinaan RMR.
  2. Pemohon dan / atau tuan tanah menandatangani dokumen yang bersangkutan dengan gadaian ke atas tanah yang dikemukakan untuk menjamin pembayaran balik kemudahan pembiayaan.
  3. Pemohon dikehendaki menyediakan tapak cadangan selepas diluluskan dan membuat penyambungan utiliti setelah rumah disiapkan.
  4. Harga rumah sahaja tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Membenarkan SPNB menbina rumah di tapak.

Berikut adalah beberapa rekabentuk rumah yang disediakan oleh pihak SPNB mengikut wilayah-wilayah yang ditetapkan. Menarik dan tertarik juga rekabentuknya.

rekabentuk rumah mesra rakyat 1 Malaysia

Maklumat lebih mengenai program ini anda boleh lawati laman web SPNB di sini – Rumah Mesra Rakyat (RMR)

 

Rujukan : SPNB & Hasrulhassan

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge