Misteri Villa Nabila

Misteri Villa Nabila.. memang misteri sungguh.. Dulu pernah berbaca dan terdengar kisah Villa ni.. Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di bunuh atau bunuh diri di vila ni dan disebabkan peristiwa ini lah vila ini dikatakan berhantu. Tak dapat dipastikan mana satu versi betul..

Hari ini kecoh lagi pasal Villa Nabila ni.. merata-rata kecoh pasal ni, buka facebook, twitter semuanya bercerita tentang Villa Nabila.. Berita tentang kehilangan seorang atau 23 orang remaja, entah mana yang betul tak pasti la. Ada yang kata seorang tetapi ada yang begitu yakin mengatakan 23 orang remaja yang hilang.

Villa NabilaPolis di hadapan pintu masuk Villa Nabila

Cerita awal yang saya dengar sekumpulan remaja dipercayai memberanikan diri memasuki vila tersebut untuk menjejak makhluk halus. Daripada 30 yang masuk hanya 7 orang yang dapat keluar.

Ada juga cerita dari mereka yang berada ditempat kejadian, mendengar suara meminta tolong tapi tak tahu dari mana datangnya suara minta tolong tersebut.. Alamakk…seramnya…

Kalau benar ataupun tidak, sama2 kita doakan agar semuanya selamat. Tak salah kita doakan untuk kebaikan, doakan keselamatan. Moga tidak ada apa-apa yang buruk berlaku.

updated 1 : Berita dari buletin TV3 tadi mengatakan hanya seorang saja yang hilang..

updated 2 : Remaja yang hilang telah ditemui tetapi bukan di Villa Nabila . Sumber Blog Mazidul

Comments

  1. says

    ttg villa nabila ni terlalu banyak versi yang SA baca dan x tahu dimana kesahihannya, maybe terpengaruh dengan filem atau aktiviti paranormal yang banyak dalam you tube mendesak anak2 muda ini untuk mencuba tanpa memikirkan masalah di sebalik aktiviti mereka….wallahualam…harap2 anak2 yang hilang akan ditemui….amin..
    Entri baru dari suriaamanda …Macam Comel Jer….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge