Sinopsis Drama Ariana Rose

Wauuuu….weeee… bila tak ada kerja memang online saja la… Bila online pun dah tak tahu nak buat apa, main la google sana google sini. Sesaja tangan ni menggo0gle mengenai drama yang akan gantikan drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ (PISA).. Cehhh… drama PISA tu baru masuk minggu kedua dah cari drama lain… Itu sebabnya drama yang sedia ada ni sedikit bosan….

Ohh…drama yang akan menggantikan drama PISA ni kira menarik juga… Rasa-rasa akan sebest drama Love You Mr.Arrogant sebab pelakonnya memang dikenali…

drama dalam slot akasia tv3

Drama Ariana Rose yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker ini akan bersiaran di Slot Akasia TV3 mulai 31 Disember 2013. Drama ini mempunyai 28 episod dan akan disiarkan dalam slot Akasi TV3. Pelakon utamanya adalah Keith Foo (Tengku Adam Kamil) dan Nur Fathia (Ariana Rose) serta dibantu oleh Arja Lee (Ramzul), Nabila Huda (Liyana), Syatilla Melvin (Sophie), Harith (Hisyam Hamid), Ziela Jalil (Datin Asra), Tasha Shilla ( Tengku Juwita).

SINOPSIS DRAMA ARIANA ROSE :

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. – Sumber : http://www.dfm2u.com

Bagi yang terlepas menonton drama ini sejak dari episod pertama, anda boleh menontonnya secara online melalui link di bawah. Selamat mononton bagi yang terlepas menonton di televisyen.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge