Fakta-fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Teringat lagi mak bercerita, semasa pembukaan Jambatan Pulau Pinang pertama yang dirasmikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad ketika itu, penduduk kampung terdekat termasuk mak berjalan kaki ke jambatan untuk melihat perasmian tersebut sambil mengendong saya yang ketika itu masih bayi.

Kini, satu lagi lakaran sejarah buat negeri Pulau Pinang, negeri kelahiran saya apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang (nama rasmi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis yang gilang-gemilang sebentar tadi. Setelah hampir 29 tahun tahun Pulau Pinang dapat satu lagi jambatan baru.

jambatan kedua pulau pinang

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang jambatan tersebut :

1. Mampu tampung 100 000 kenderaan sehari sekaligus dapat mengelak kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang pertama sebanyak 25%.

2. Pembinaan  Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula pada Januari 2008 dan perasmiannya pada 1 Mac 2014 manakala pembukaan untuk laluan orang ramai pada 2 Mac 2014. Manakala kos pembinaan memakan belanja sebanyak RM4.5 billion.

3. Jambatan Kedua Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 24KM (17KM panjang di laut) bersamaan 6000 deretan kereta ataupun 228 buah padang bola sepak.

4. Mampu menampung gempa bumi sekuat 7.5 pada skala ritcher disebabkan jambatan itu dibina menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan galas getah redaman tinggi melalui penggunaan sistem pengasingan seismik.

5. Had laju yang dicadangkan semasa dalam perjalanan di atas jambatan adalah 80 km/j.

6. Rekabentuk Jambatan Kedua Pulau Pinang oleh syarikat UEM Builders. Manakala kontraktor pembinaan oleh syarikat China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)

perasmian jambatan kedua pulau pinangGambar perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasmi  Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

kredit gambar : Kak Fatimah Man

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge