About Me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang ke Ziefauzi.com. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini. Ziefauzi.com diambil dari nama samaran penulis suami isteri iaitu Zie merangkap penulis blog (isteri) dan Fauzi, suami kepada penulis yang banyak memberi sokongan dalam dunia blogging. Saya ialah seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang cahaya mata iaitu Nur Alya Adriana dan Nur Alya Humaira.

Sebelum ini, saya lebih aktif menulis di http://fztogether.blogspot.com atau Teratak Kasih Zie Fauzi. Sebuah blog yang di buat khas untuk merakamkan segala pahit manis kehidupan kami suami isteri yang ketika itu sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama.

Dalam masa 4 tahun lebih menulis, penulisan di blog Teratak kasih Zie Fauzi bukan setakat berkongsikan kisah kami sekeluarga terutama cerita tentang keletah si Alya, saya turut berkongsikan hal-hal isu semasa yang menarik minat saya, tips dan petua, dan lain-lain entry yang dirasakan bersesuaian untuk dibaca semua peringkat umur.

Setelah lama memendam hasrat untuk memiliki hosting dan domain sendiri, akhirnya tanggal 29 September 2011, saya mengambil keputusan untuk membeli pakej hosting dari untuk meneruskan aktiviti menulis yang sudah menjadi minat saya ketika lapang. Semua entry lama di blogspot dahulu telah dipindah masuk ke hosting yang baru ini.

Matlamat atau cita-cita untuk blog baru ini, saya ingin berkongsi lebih banyak lagi cerita menarik di masa hadapan dan semoga kehadiran blog Ziefauzi.com ini dapat berkongsi pendapat dengan anda semua.

Cukuplah rasanya setakat ini pengenalan tentang ziefauzi.com. Untuk lebih lanjut rajin-rajinlah godek halaman lama di sini ye… Sebarang pertanyaan juga boleh je tanya di sini. Jangan lupa klik like Fanpage Facebook Ziefauzi.com, follow juga di twitter Zie Fauzi dan subscribe free updates.

Assalamualaikum dan terima kasih.

Jika entry ini menarik, jemputlah tinggalkan komen membina atau klik butang sosial di sebelah untuk perkongsian bersama. Terima kasih.