Adamaya

Assalamualaikum…

Drama Cinta Elysa dah habis yer… huhuhu..Belum berkesempatan untuk tengok episod terakhir Cinta Elysa ni. Dengar cerita happy ending… Macam biasa nanti layan kat tonton.com.my saja..

Minggu depan dah start cerita baru yang akan menggantikan drama Cinta Elysa. Drama Vanilla Coklat 13 episod lakonan Izara Aisyah, Aiman Mentor, Iqram Dinzly, Nabila Daly dan lain-lain akan mula bersiaran pada 20 Disember 2011 setiap hari Selasa jam 9 malam.

SINOPSIS DRAMA VANILLA COKLAT

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlangmanakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

KREDIT : MummyNemo

Jalan cerita menarik… Dah macam cerita Adamaya dulu kan… Ingat lagi tak… :)

{ 11 comments }

Akhirnya berakhir sudah episod drama bersiri Adamaya.. Macamana endingnyer??? Puas hati ka? Den puas hati sangat.. Yela,hepi ending kan.. Takder la tergantung macam cerita Na O Mei tu..Adamaya memang terbaik, sebab apa.. jalan cerita best.. tak macam kebanyakkan cerita-cerita melayu kat televisyen tuh.. Kebanyakkan cerita melayu ni berkisarkan tentang kehidupan orang-orang korporat.. Datuk2,datin2,tan sri2… Erkk..cerita macam tu den tak berapa suka..Tapi Adamaya, jalan ceritanya memang ada terjadi dalam masyarakat kita.. Kisah isteri curang, bekas suami abaikan nafkah anak2, kisah cinta yang tak kesampaian, cuma watak Adam tu,ada ker kat dunia ni lelaki sebaik Adam??? Apa-apa pun cerita Adamaya ni lebih mengajar kita menghargai sesuatu yang berada depan mata.. Jangan abaikan kasih sayang yang telah diberi. hmmm…

Den tak mau review episod akhir Adamaya siang tadi,sebab sana sini duk bercerita tentang Adamaya.. Den cuma nak bagitahu, entry2 berkaitan dengan Adamaya dalam blog ni menjadi salah satu punca traffic mencurah-curah ke blog den.. Hari-hari ada je yang google cari maklumat tentang Adamaya ni..

Agak-agaknya, cerita ganti Adamaya nanti best tak?? Minggu depan start episod baru drama bersiri Shah Jihan menggantikan Adamaya.. Kita sama2 tengok best ke tidak..

{ 9 comments }

Hari ni dah 22 episod siri drama Adamaya.. Esok Khamis, bemakna esok jugak last episod untuk drama Adamya ni..

Dalam episod 22 ni, ada satu part yang buat den tersentuh.. Time Adam baru balik dari Jakarta, pastu bersiap-siap nak keluar pergi hutan Endau pulak.. Alaaa.. part yang dalam bilik tu.. Sedih ooo… Meleleh jgk la air mata ni.. Sikit ja, tak banyak tau.. Rasanya time tu Maya baru betul-betul sedar kot yang dia sayangkan Adam.. Huhuhu…

maya tengah nangis.. huduh ker still cun lg.. hihi

Satu lagi part yang den suka dan rasa nak jerit-jerit suka bila si Dani tu kantoi dengan Maya sebab marahkan Amani.. Baru Maya tau siapa Dani sebenarnya kan.. hikhik..

Dalam episod 22 ni jugak, kawan baik Dani, Mika dah bernikah dengan ex-wife Dani.. Tapi tak tunjuk la pulak bila masa diorang nikah.. Tapi i like.. Padan muka si Dani tu.. Dua2 melepas.. hehehe.. Oklah, tak sabar nak tunggu esok.. Nak tengok apa jadi untuk episod akhir Adamaya..

{ 9 comments }