Assalamualaikum… Selamat pagi.. Bersiaran lansung di pagi Jumaat terus menerus dari Manjung/Lumut. Hehehe.. Kami duduk hotel kat tengah2 antara Manjung dan Lumut.. 5 minit dari hotel ke pekan Manjung dan 5 minit juga dari hotel ke Jeti Lumut… Kira tengah2 la tuh..
Sesajer ikut En.Fauzi datang sini atas urusan kerja. Masuk kali ni dah 3 kali mai sini.. Bulan 12 singgah lalu jer, sebab time tu nak ke Pulau Pangkor. Bulan lepas pun datang sini juga, atas urusan kerja yang sama. Bulan ni, mai lagi.. 3 bulan berturut2.. Bulan depan tak tau lagi…
Bila En.Fauzi dah keluar kerja tinggal lah kami 2 beranak kat dalam bilik ni.. Tak lama pun duk sini, petang ni balik Penang. Banyak lagi urusan kat rumah sedang menunggu.
Cik puan muda ni masih lagi beradu… Syok jer tidur dalam kesejukan aircond…
Alya takut dengan air terutama sekali bila nak mandi. Lagi bertambah takut kalau air tu sejuk. Kalau time mandi kat rumah, cukup susah nak mandikan sebab sejuk. Kena buat pusingan 360 darjah dulu.. Tu belum dengan suara Alya lagi.. Tapi kalau air suam, no problem nak mandikan dia… Senang yang amat…
Tahun Baru Cina hari tu, sempat bawa Alya gi mandi kolam kat Taman Perbandaran Pulau Pinang / Taman Belia… Jom layan gambar Alya yang takut air tapi teringin nak main air… Camana tu???
Kesimpulannya, sepanjang berada dalam kolam tu Alya berdiri jer.. Paksa duduk, menangis la dia.. Jadi main la air tu sambil berdiri. Bila nak balik, susah betul nak keluarkan Alya dari kolam tu. Menangis nak masuk balik.. Itulah yang den bagitau tadi, takut air tapi nak main air… hehehe…