selamat hari jadi

Hari ni adalah hari pertambahan usia untuk Encik Fauzi merangkap abah Alya dan my hubby bucuk.. Yang penting merangkap tuan penaja utama blog ini.

Yang ke berapa?? Sila la tanya tuan punya badan.. :) Apa yang penting abah Alya tetap macho dan sentiasa muda bagi ibu Alya… :P

Selamat Hari Jadi, Abg… Semoga Allah berkati usia,kekalkan jodoh kita dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Amin……

 

{ 8 comments }

Nota untuk Alya..

Tarikh ini datang lagi..
28 Julai yang takkan ibu lupakan sepanjang hidup ibu..
Kerana hari ini anak ibu bertambah lagi usia ke satu angka ..
Anak ibu semakin membesar dengan jayanya…
Dengan akal yang macam-macam..
Yang kadang-kadang buat ibu sangat2 
pening kepala melayan kerenah Alya..
Sampai tak terlayan ibu…

Tapi Alya anak yang baik…
Pandai dengar cakap ibu…
Apa ibu suruh buat, Alya buat…
Apa ibu tak suruh buat..Alya buat jugak.. :)
Alya dah pandai tolong ibu sekarang, 
sampai ibu tak sedar yang anak ibu dah besar..

Gigi dah banyak, mulut dah pandai berbicara..
Macam-macam Alya pot pet dengan ibu 
Yang kadang2 mengalahkan ibu berleter…
Tapi ibu suka, pot pet Alya tu la buatkan ibu tersenyum bangga..

Alya sayang…
Walaupun ibu selalu marah sampai buatkan Alya menangis…
Ibu nak Alya tahu, ibu marah sebab sayangkan Alya..
Ibu marah sebab Alya main benda yang boleh buatkan Alya jatuh terluka…
Ibu marah bukan sebab suka2 ibu nak marah.. 
Sebab sayang lah, ibu marah Alya… 
Banyak yang ibu nak coretkan kat sini untuk tatapan Alya nanti..
Tapi ibu bagaikan hilang kata2..
Apa yang Alya perlu tahu..
Ibu dan abah sayang sangat kat Alya…
SELAMAT HARI JADI YANG KEDUA TAHUN…

Nota untuk Alya yang lama : 

HAPPY BIRTHDAY TO MY GEGIRL NUR ALYA ADRIANA

SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ

{ 7 comments }

NOTA UNTUK ALYA
gambar fresh selepas keluar dari perut ibu…
wahhh….rindu betul sgt mengandungkan Alya dulu
sepanjang mengandungkan Alya, ibu memang tak banyak masalah..
takder morning sickness yang teruk cuma ibu ngidam makan nasi kandar selalu
ibu miss sangat2 saat dulu…
 Umur sebulan… Alya dah pandai pandang kamera…
tahu jer ibu nak snap picture dia..
Ini dah 2 bulan… rambut semakin tumbuh dengan banyak
selepas dibotakkan ketika usia 7 hari
ingat lagi tak? :)
masuk 3 bulan dah pandai senyum bila di agah…
saat macam ni pun ibu rindu
walaupun sekarang lagi sakan Alya mengekek ketawa
bila ibu geletek..
4 bulan suka main jari..
entah apa la yg Alya pikir..
ini pulak gambar 5 bulan..
time ni Alya cepat sungguh belajar..
sekali buat mesti Alya buat lagi..
contoh masa ni Alya ter ‘on’ wiper kete abah
pastu berulang kali di on balik wiper tu walaupun abah dah off kan
umur 5-6 dah mula aktif dalam walker..
sampai la satu tahap Alya dah pandai panjat keluar walker
terpaksa la ibu simpan walker tu untuk keselamatan Alya..
tak lama mana pun Alya pakai..
sebab tu la sekrang ni Alya teringin nak naik balik walker tu kan..
ini gambar paling latest yang ibu snap..
muka budak bucuk masam ibu merajuk bila ibu tak layan dia main..
mata bergenang sebab nangis teresak2..
bila nampak kamera elok pulak Alya senyap..
memang dari kecik Alya pantang nampak kamera..
hmmm…rasa mcm nak tempek jer semua gambar Alya yg ada..
sejak dalam perut lagi asyik amik gambar
rasanya dah beribu riban gambar Alya tau..
Cuma ibu tak sangka cepat betul masa berlalu..
dah setahun rupanya budak tecik yang ibu kendong dulu..
28 Julai 2009 tarikh keramat yang takkan ibu lupakan..
sebab menantikan kelahiran Alya la
ibu dan abah tak celebrate ulangtahun pertama perkahwinan tahun lepas
tapi kami bersyukur sayang
sebab Alya lahir betul2 sehari selepas ulangtahun ibu dgn abah..
takder hadiah yang lebih istimewa selain dari kelahiran mu
hadiah yang paling bermakna buat kami..
hari ni tarikh itu tiba lagi..
Alya dah pandai serba serbi sekarang..
Ibu pun tak terlarat melayan kerenah Alya..
Kadang2 Alya buat ibu naik geram..
Tapi apa la yang Alya faham bila ibu marah kan??
Ibu marah pun sekejap jer sebab Alya suka buat muka noty yg boleh mencairkan hati ibu
Pandai betul ambil hati ibu yer..
Sebab itula ibu sayang Alya sampai hujung nyawa ibu..
Alya…
Selamat Hari Jadi yang pertama sayang…
Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat..
Menjadi seorang yang cerdik akalnya
juga seorang yang sgt menghormati orang tua

{ 13 comments }

Web Statistics